Sunday, November 20, 2011

1st time ada org tag aku .. Jakun Jakun!! xD

May the peace, mercy and blessings of Allah be with you
Annyeong haseyo

Dah lama aku tak update blog. Alolololo, my ucuk2 blog. Ciannyeewww (gediknya aku). Sejak start new semester, mmg aku sangat lah sibuk. Dengan assignment dan presentation yg melambak2, nak update blog pon xsempat. Padahal berkepuk2 je idea kat dalam kepala hotak ni. Tapi disebabkan kesibukan yg melampau tak dapatlah aku update blog ni. Bak kata mak aku, aku ni sibuk mengalahkan perdana menteri, maybe aku ni ada bakat jadi perdana menteri kot. InsyaAllah, saya akan sedaya upaya menjadikan Malaysia sebagai negara yg terkemuka di dunia. -_-" kau faham apa yg aku melalut??? hahaha

Panjang bebeno intro aku, atas tu baru intro je ea. hahaha. Actually, ada org tag aku. Siapakah?? Siapakah?? My lovely adik ipar lah!! *oppss!!! Just kidding xD My lovely adik angkat, Afida Aliry . What are the questions from her?? jeng jeng jeng~


1. Kalau boleh patahbalik zaman, zaman kegemilangan mana kaurang nak pergi?
2. Siapa orang yang bagi soalan ni? haha -.-
3. Siapakah perdana menteri sekarang? taktahu memang melampau.
4. Berapa kali dalam sehari kaurang melepaskan angin?haha paham2 jela.
5. Siapakah yang sedang membaca blog ini sekarang? jgn jadi bodo ye :D
6. Jika dipilih aku dengan monyet, siapa kaurang nak cium?hihi
7. Kaurang menaip pandang mana?
8. Apa ciri2 lelaki/wanita idaman kaurang? ha ni baru soalan logik sikit.
9. Kalau lelaki/perempuan yg kaurang suka, suka kepada kawan kaurang. nak buat apa ?
whoa! pe kes nii
10. Eh kau penah tengok ular berak tak?
11. Kaurang bole hidup tanpa pen tak?


  1. Kalau boleh tak nak patah balik zaman. my zaman kegemilangan dulu mcm dah old school lah. xfun. FUTURE is BETTER! :D
  2. Entah makhluk comel mana tah bagi soalan ni kat aku.. kehkehkeh:P
  3. Perdana menteri?? Nama diaaaaaa Nur Ain Binti Mohd Sabri!!hahaha.. Busy mengalahkan menteri skrg.. hahaha
  4. Banyak angin.. nak angin apa?? angin atas, angin bawah, ke berangin2?? hahaha..
  5. Ramai je yg duk sebelah ni haaa.. ramai je baca..
  6. Mestilah nk cium fida.. Meh cium sikit!!!! MUAHHHHH3 :*
  7. Pandang laptop lerrrr -_-"
  8. Ciri2 lelaki idaman?? banyak ni.. boleh buat buku kalau bgtau ciri2 lelaki idaman.. hahaha.. alaaa akak tak memilih, yg penting sedap mata memandang. dapat mcm mamat korea ok jgk! wahahaha
  9. Nak buat macam mana.. dah dia suka kawan aku so biar jela.. tak kan aku nak paksa dia suka aku, tak kan aku nk bako bako je dia.. tapi if dia syok kat kawan aku memang aku dah TAK AKAN SUKA dia lagi da.. thats my style... amboiiii~ panjang nya,,
  10. Ular berak ea? :P
  11. Pensil kan ada.. huahuahua xD
To my lovely adik,fida.. baca lah jawapan kak ain yg mengarut ni.. next time lah akak tag kamu.. Penat dgn assignment yg melambak. fuhh

Bubyeeee~
Salam..


    Sunday, October 9, 2011

    Kegembiraan bila berJASA !!


    May the peace, mercy and blessings of Allah be with you
    Annyeong haseyo

    Alhamdullilah, sudah sebulan aku duduk di UIA Gombak. Everything is okay, I have make a lot of new friends and a lot of assignment to settle it down (pe kejadah aku cakap omputih ni). Last week, aku pergi temankan kawan aku, Aini interview club Jasa. Lepas itu, tergerak lah hati ini nak masok club ni, padahal dah masok club lain ni (tamak haloba btol). Nak dijadikan cerita, ahad lepas club JASA ada family day. Aku, Azizah dan Aini decide nak pergi. Kami pergi ke FRIM dan TAMAN LAYANG2. Weeee~

    Semangat betol~
    Di FRIM


    Saya kumpulan purple. 

    Trademark: We are Buddyz!! Curlasskojah~ (tgn ke dada mata ke ats)
    Aku rasa group kteorg lah paling sengal.
    Kami dapat tempat pertama dalam explorace!!! :D

    Pe cer lop kena dera??hahaha

    Saranghae~


    Azizah,Aini and me (geng paling muda 19tahun)muahaha!! :D


    Sumpah aku cakap time kiteorg explorace mmg lah penat gler. Aku macam nak pengsan pon ada sebab dah lama xberlari. Lepas itu, kami bergerak ke taman layang-layang. Permandangan di taman layang-layang sgt cantik dan sedap mata memandang!

    Eksaited bergambar!


    Cute tak?? Aini editkan !!

    Permandangan yg sungguh indah :)

    Walaupon secara keseluruhan group aku xdapat tempat pertama, tapi kami tak kesah. Yg penting, kami semua dapat pengalaman yg tidak ternilai dan hubungan antara member Jasa semakin rapat. This is the best bro~ 

    Malas giler nak pergi kelas hari isnin, sakit kaki wa~
    Dapat jumpa abg comel yg baru..hihi(gelak gedik)
    Bubyeeee, salam oktober :)

    Saturday, September 24, 2011

    Taaruf Week in UIA!! TAWE TAWE~


    May the peace, mercy and blessings of Allah be with you
    Annyeong haseyo

    Hello blog yg bersawang-sawang!! Lama jugak aku tak update blog aku ni. Sebenarnya, aku dah jadi budak junior in UIA Gombak!! Seriously, UIA Gombak mmg sangat lawa!! Macam biasalah kn bila dah jadi budak junior kenalah lalui minggu orentasi. Kat UIA, minggu orentasi dipanggil Taaruf Week a.k.a TAWE TAWE. Taaruf week lah sangat sampai aku siap boleh duk berdengkur setiap kali briefing. Siapa suruh UIA pasang aircond dalam auditorium (innocent face) :P HAHAHA!! Layan pic~

    AKUSUKAMUNCUNGKANMULUT!!SOWHAT??
    HAHAHAHA


    Kanak-kanak ribena yg tak reti nak beratur.muahaha


    Baju sukan taaruf warna hijau mak andak -.-


     Time cultural night show. Best gilak!!
    Geng-geng aku suka duk atas sebab boleh tidor! hahaha


    Ehem3, ayu kan~ :P


    Gadis2 melayu yg sopan santun. Mak suka nyah~ haha


    Tu je pic yg aku nak tempek dalam blog ni. Batch kami takde baju batik~ lalalala..hahaha. Penat giler taaruf week kt Gombak ni, dah lah jauh dari Mahallah. Aku ni memang lah suka sgt tak mandi sampai ke malam, suka lah sangat sampai satu hall boleh ada bau macam2 (facepalm). Kepada batch baru cfs iium, berhati-hati menjalani taaruf week yg ohsem but annoying. 

    teringin pulak nak jadi akak comitte
    nanti boleh buli adik-adik junior~ lalalala :P


    Friday, September 2, 2011

    Gemoknye aku masa sekolah~ Grrrrr! menci3


    May the peace, mercy and blessings of Allah be with you
    Annyeong haseyo

    Selamat Hari Raya to my readers :) Jenuh mulut aku makan ketupat rendang sejak dua tiga hari ni. Jemu lah makan ketupat. Hari raya pertama aku dah p bedal mcd.muahahaha durjana punya mcd,mengugat keimanan tookkk jer. Seluar mcm ketat sikit lah --".hehe. 


    Tadi sibuk main fesbuk, tetiba nak buka ruangan saya (Myspace ler). Teringat kenangan lama dimana masa itu aku tersangat lah GEBU dan DEBAB :'(. Aku dah tak mahu jadi mcm dulu dah. Ramai org caci maki wa gemok gedempol sepak tendang masok gol, uihhh makan dalam siak! Nasib baik wa tak gangster, kalau tak habis ROMPONG mulut-mulut yg busuk mcm loji taik blkg uma wa tuh.*Alamak! TERgangster pulak!


    Nasib baik wa tak ganas macam ni~ siot saja


    Nak tengok pictures aku time gemok gedempol?? Aku tak malu nak kongsi. Korang boleh lah buat pedoman hidup dunia dan akhirat,muahaha. Kepada org yg dah kurus, toksah lah nak gemuk2 kan badan anda walaupun sedikit. Aku mmg allergic dengar org yg nak badan dia berisi sikit padahal body dia dah cukup perfect. grrrr! annoying.. Lain lah kalau badan tuh mmg kurus kering tu takpe lah, better korang jadi kurus kering daripada jadi gemok gedempol. 

    Berhasrat nak kurus mcm SNSD *wishful thinking.haha

    Melalut dah aku ni, aku mempersembahkan pictures aku di zaman kegemilangan aku mengumpul lemak~~jeng jeng jeng


    Mana aku?? cer teka cer teka. (2007)
    Baju pink tuh


    Gemok kan aku?? berat aku masa tuh dalam 100kg :0 ternganga jgn xternganga. Ni time aku form 3. Gemok+tinggi=100kg


    Ni dah kurus sikit, dalam 90++kg kot.(2008)

    Macam mana aku boleh kurus sikit?? Diet lah babe! Aku diet protein, makan tempe dgn tauhu je. Muka pon mcm tempe dah. Then aku ada minum Herbalife. Bagos giler product tuh, berat aku pon turun. Time aku minum muka aku flawless ala-ala korean doe. Kulit aku macam bersih giler lah. Bila aku stop minum, jerawat durjana timbul balik.ceh.

    So noob! HAHAHA (2009)

    Syera, me and am! Time ni liar sikit. Almaklumlah baru lepas SPM, baru nampak dunia. Kuat betol merayau sampai hitam macam bangla jual karpet. Time ni aku dah stop minum herbalife.


    Raya 2010~ haha
    Berat 86-87kg
    Yeah! i like pink.so what? Ni time dah masuk UIA. Ayu gitu pakai baju kurung.ngeh3.

    Di SARAWAK!!! (2011)

    First time aku pergi holiday tanpa mak ayah. Untung ada kawan Sarawak,ngeh3.. Habis final exam jer terus pergi airport, nasib baik dekat jer dgn Nilai. Fakta: WAJIB bagi aku bermarathon kat airport! HAHAHA. Ada kisah sebalik kejadian marathon ni tp nanti2 jela aku cerita kalau berlari lagi kt airport. haha :DD

    Now!! Selamat Hari Raya!!

    Oke, aku nampak gemuk sikit setelah membina badan selama 7bulan kat rumah. Tapi, haritu lagi gemok, ni pon dah turun sikit. Berat sekarang?? xxkg! HAHAHA. Aku akan bagi tahu korang berat aku dalam lg satu bulan! Janji! *pinky swear. Sebab aku nak diet lagi dan akan terus berdiet sampai aku kurus. Make sure tahun depan aku nak pakai baju kurung yg ready made punya! Peliknya impian aku,hahaha.

    Okelah, bubye! SELAMAT HARI RAYA kepada semua yg mengenali sya. Ampun dosa, halalkan makan minum saya. Maaf zahir dan batin dari hujung tudung sampai hujung kasut. Salam

    Raya tahun ni dapat duit raya sikit je ;/
    TAK BEST!!!




    Thursday, August 25, 2011

    Giveaway beg comel dari kukutanganku..alololo comelnyewww ^-^

    May the peace, mercy and blessings of Allah be with you
    Annyeong haseyo

    Haaa pe tah mimpi aku nak join giveaway beg comel dari kukutanganku. Seriously, beg-beg dia tersangatlah comel ! Eeeeii geram! :D Ni first time kot aku nak masuk giveaway ni, saja je nak cuba nasib.hehe

    See? Comelkan design beg dia.*excited

    Maybe kecomelan beg itu telah menarik minat aku nak join. Barang baik kot sapa tak nak! :D Untuk menyempurnakan entri aku kali ini, aku kena tag 3 orang kawan. Lebih dari 3 pon boleh, so aku tag 4org.hihi. Antara yg bertuah: *jeng jeng jeng
    • Syera Shaari- My BFF yg comel :) Tak sabarnya nak raya dgn kau.hihihi gedik!
    • Qistina Amer- Kawan aku yg fashionista! Bab melaram aku rasa kau lah no 1.
    • Fida Aliry     - Adik angkat aku yg comel :)
    • Nisa Kay     - Sebab baca entri kak nisa tu yg aku tahu pasal giveaway ni. Thanx kak nisa! :)
    Harap2 cik Mira Syira yg comel baca blog saya :) alang-alang dah singgah tuh, boleh lah kasi satu beg comel kat saya hihihi :D Haaa sapa yg duitnya still berkepuk-kepuk dalam dompet tuh, meh lah usha beg-beg yg comel di blog Mira Syira or link : 
    http://kukutanganku.blogspot.com/2011/08/ini-dia-beg-comel-dan-menggiurkan.html


    or boleh like page: Ulala Cantik Manis

    Nanti korang boleh lah bergaya time raya nanti, lagi 5hari jer nak raya! Rasa sekejap puasa kali ini,aihhh. Ok lah, bubyeeeee.

    Selamat Hari Raya! 
    Ceh, belum raya lagi daaaa.haha
    Salam :)




    Wednesday, August 17, 2011

    Ni K-pop ke Karipop?? EHH!!! BORIAPOP LAH NI.. HAHAHA

    May the peace, mercy and blessings of Allah be with you
    Annyeong haseyo

    Pagi tadi aku facebook-ing then aku jumpa this video. And I was like OH MYYY GEE, sucks! >.< Macam boriapop jer aku tengok.


    As you know, aku ni kan so-die-hard-fans-kpop. So, bila aku nampak video  Max24:7 mula lah mulut aku ni nak sumpah seranah. Deyhhhh, nasib baik puasa. Kalau tak memang aku hentam habis2 mamat-mamat korean wannabe ni.

    If korang tengok video ni, seriously boleh limapolohlima kali muntah hijau berdarah. Lyrics mmg sucks, choreography is really really really sucks! Dah lah group member ramai, macam boleh buat boria. BORIAPOP!!! HAHAHAHA. Choreography Max 24:7 macam Hi-5 yg ajar budak tadika menari. I can dance better than Max 24:7 lah.

    Hi5 is better than Max24:7

    Seriously, aku habis kan masa selama 5:06min untuk tengok video ni -.-'. Yang tak boleh blah, nama nak cute berbagai. Fifie lah, A'ar lah, then Tameen lah. Tameen??Fine! nak tiru nama Taemin from SHINee ke?? So gay lah.

    Sexy nyewww~!!!Hahaha.. Nak tunjuk body biar lah ada six pax. Sengal!

    Alololo..cutenyewwwww!! Rasa macam nak lempang sekor2.

    Dear Max 24:7 and Aesar Mustafa, please don't ruin our music industry. Please  lah train diri korang selama 4-8years ke, then buat plastic surgery ke before debut ok :). If korang nak buat ala-ala kpop, please lah buat yg better or setaraf dgn quality idol-idol kesayangan kami di Korea tuh. Malulah kalau korean tengok Max 24:7 ni.

    Haaa semput~ tengok video Max 24:7 yg almost 800 org dislikes
    Padan muka! HAHAHAHA *gelak jahat




    Sunday, August 14, 2011

    Resepi dari Chef Ain: Chicken Chop. Yummy!!

    May the peace, mercy and blessings of Allah be with you
    Annyeong haseyo

    Hello hello hello pelahap yang comel.hahaha :D Hari ini aku masak Chicken Chop untuk berbuka puasa. Repeat again,CHICKEN CHOP ! Oleh kerana mak aku kena buat kek coklat yg orang order, terpaksa aku jadi chef hotel limapolohlima bintang. Eh, aku pandai masak tau. Pandai masak air, masak maggi, haaa pandaikan aku?? hahaha!!

    Meh aku tunjuk hasil karya yg paling epic dalam 2011. Pujian melimpah2 aku terima dari family aku.muahaha suka suka!
    |
    |
    |
    |
    \/

    Yesss! Sila terliur..

    Pernah kau tengok gravy CC jadi coklat macam ni?? Aku je yg reti buat lah. Wakaka perasan! Aku main campak je ingredients nya, nak merasa memang tak lah kan. Puasa kot!

    Sesi campak-mencampak akan menghasilkan hasil yg OH MY YUMMY!!! :D Kalau nak memasak, tak payah main ukur2 timbang2 tepat lah weh. Instinct chef tuh penting! Apa barang ukur2 timbang2, boh jela dalam kuali then say tadaaaaaa! Jadilah chicken chop. Kewwwl kan?? haha. First time kot aku buat chicken chop, jadi pulak! Bangga *kembang kempis hidung.

    Nak resepi ke?? Yela, aku bagi lah. Baikkan aku??hehe. 

    Bahan-bahannya: 
    Ayam goreng
    Boneless chicken
    Telur sebijik 
    Tepung kfc tuh

    Gravy mushroom:
    1tbs butter
    2tbs tepung gandum
    1/2 bawang kuning
    100ml stok ayam/ daging
    150ml susu/ fresh cream
    Cendawan butang
    2ts blackpepper
    2tbs kicap manis/ worcestershire 
    2tbs tomato paste
    1/2 ts garam
    sos chili sikit
    mixed herb/ bassil/ parsley. mana-mana pon boleh

    1) Pukul telur then masukkan dalam ayam. Then, salut dgn tepung kfc. Goreng sampai masak.
    2) Cairkan mentega dlm kuali then bawang. Then masuk tepung gandum. Saute sekejap then masukkan susu,stok ayam,tomato paste,kicap manis,sos cili. Akhir sekali masukkan cendawan dan mixed herb. Tadaaaa!!! Siap untuk dimakan. Serve kan dgn coleslaw and fries. Yummy!!

    Ok! Selamat mencuba
    Untungnya future husband aku dapat makan chicken chop
    Terasa macam chef two nyah!! muahaha!!
    Salam



    Saturday, August 13, 2011

    Walawehhhhh!! DAH KURUS SIKIT! Muahaha :D

    May the peace, mercy, and blessings of Allah be with you
    Annyeong haseyo

    Semalam aku and family aku berbuka diluar. Before berbuka, kitaorang pergi Tesco dulu, shopping gitu. Dua minggu yg lepas di Tesco Shah Alam, aku dan mak aku bet lah siapa yg lost weight paling banyak dia lah pemenang. The loser one will belanja makan for the whole family.

    So, semalam lah penentuan segala-galanya. Jantung aku macam nak tercabut bila masuk Tesco nak timbang berat *dup dap dup dap. Bila masuk je pintu depan Tesco, tengok sebelah kiri nampak lah timbang. Apa lagi, meluru aku and mak p timbang. Amek feel macam peserta The Biggest Loser, dang!! Aku turun almost 3kg! Walawehhhhhh.. Mak aku turun 2.3kg je. 


    Yeah!! I'm the winner! WOHOOOOOOO

    Meloncat-loncat aku kat situ seperti kanak-kanak ribena. Nasib baik Tesco tak runtuh bila aku meloncat keriangan hahaha!! Fuhhhh!! Selamat duit aku weh. Penat aku tolong mak aku buat kuih sebab nak kumpul duit tau. If aku kalah malam tadi, maybe aku boleh tido sambil mengigau pasal duit. hahaha dah macam Mr. Crab yg gila kan duit dah aku ni. (Mr.Crab spongebob squarepant lah)

    Memang tak sia-sia aku berdiet 2minggu ni and aku akan terus berdiet. I feel reborn again! Semangat baru nak kurus! Aku memang nak kurus. Aku nak jadi normal! eh choppp! aku memang normal yea. Maksud aku normal fizikal.

    Uih meletop body! Ant waist gitu.

    Sorry mommy! Hehe. Although tak banyak beza tapi Along still menang.

    Last2, ayah aku jugak belanja makan. Mak aku tak keluar duit pon. Ceh! hahaha. Btw, ayah aku lost 5kg!! OH MYYYY!! Tak faham! Ayah aku makan banyak giler tiap kali berbuka. Crap! maybe dia kerja thats why turun banyak giler.


    I dun understand why korean is so skinny -.-"
    Okay! Bye-yeom
    Salam



    Friday, August 12, 2011

    Tazkirah dari ustazah Ain...wakaka :P


    May the peace, mercy and blessings of Allah be with you
    Annyeong haseyo


    Salam jumaat semua~! :) Today is friday so aku nak bagi tazkirah sikit hari ini. *mood=ustazah :D


    Bestnya kalau jadi comel macam ni :P

    You guys pernah couple? Mostly lah kan ramai je yg bercouple. Aku memang tak pernah lah. Aku mana main couple2 ni, kawin terus lah! Baru lah thrill! HAHAHA.

    Kawin dulu, then u can say i will never let u go blahblah....

    Pernah tengok perangai orang yg bercouple?? Aku selalu perhatikan couple zaman sekarang ni macam terlalu loving doving sgt lah. Selalunya mereka akan berpegangan tangan time jalan2, then yg paling aku tak boleh tahan dorang berpeluk-peluk dikhalayak ramai. Seriously dude, tak rasa segan ke? MasyaAllah, berdosa kot. Aku yg melihatnya segan tahap gaban. Aku faham lah dorang tengah hangat membara2 bercinta. But, belum kahwin tak payah lah nak menggatal sgt kan, bukan muhrim kot.

    Abang! Comel nya abang!

    Unless dorang tuh married couple, maybe I would say "Alololo, cuweetnyewww". If dah kahwin memang tak kisah lah nak buat apa pon, semuanya dah halalan toyiban kot! Nak buat apa pon boley~ haha!

    Bak kata lecturer aku, haram memegang or menyentuh boipren or gegelpren kita tuh dan ianya lebih teruk dari memegang ba alif ba ya =BABI. Atleast, kalau pegang babi, kita boleh samak or bersuci tapi kalu pegang boipren or gegelpren?? tak kan nak terjun kat lumpur menyamakkan diri masing2 kot. haha

    Correction: Pegang babi = Tak haram, tapi kena samak
    Pegang BF/GF= Haram, tak boleh samak daaaa
    (orang selalu salah anggap pegang babi tuh haram, sebenarnya pegang tak haram. Yg haramnya bila kita makan, ok :)


    Sayang! Jom kita pergi samakkan diri kat lumpur belakang rumah. Geng kerbau berkubang dah tunggu kita nihh.

    So, lu fikir lah sendiri. Mak tak bantah isu couple ni nyah, cuma batas pergaulan perlu diambil serious. Aku hanya berda'wah untuk memberi peringatan kepada kawan-kawan aku diluar sana. Semua yg baca entri aku ini semuanya kawan aku :) Apa yg aku dapat buat hanya berdoa agar Allah buka pintu hati couple2 di dunia ini supaya mereka dapat mengingati batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

    Alhamdullilah
    Hari ini dapat jadi ustazah sebentar :P
    Salam

    Wednesday, August 10, 2011

    Apabila mak bertanya pasal boipren kat aku -.-"

    May the peace, mercy and blessings of Allah be with you
    Annyeong haseyo

    Semalam aku tengah duduk2 syok berborak dgn mak aku, tetiba mak aku tanya macam ni:


    Mak: Along tak teringin ke nak ada boipren ke teman lelaki ke?? Tak teringin ke?
    Aku: (terkedu seketika) Err.. err.. entah. Along nak tunggu Lee Minho masuk minang dulu. HAHAHA!! (gelak sambil blah dari tempat duduk)
    Mak: Tangan di dada mata ke atas~ ceh


    Terus aku blah dari situ gara2 tak mahu disoal lebih2 oleh mak aku. Hobi mak aku mmg dia suka soal siasat anak2 dia, nak menjiwai watak CSI and FBI lah tuh.aish.. Kaum ibu zaman skrg mmg mudah terpengaruh dgn drama2 kat TV yea? hikhik:P


    Ouh Minho oppa~ saranghae :P

    Actually, jauh dilubuk hati aku ni, tipu lah kan kalau aku cakap aku tak nak. Malas nak couple2 lah kawin2 lah tapi kalau Lee Minho datang minang confirm aku terima, siap tarik dia pergi jumpa tok kadi.wakaka :D


    Perempuan mana yang tak nak dikasihi, disayangi dan dimanjai oleh seorang lelaki. Fine! so euwww euwww ayat aku tadi. But, betul lah pe aku cakapkan. Tak kan lah korang nak jadi ANDALUSIA a.k.a anak dara lanjut usia? :0 OMG! Tak sanggup! 


    Where is my Mr. Right? :3

    Tapi, percayalah jodoh tuh sentiasa ada dan akan datang bila tiba masa nya. Biarlah masa menentukan segalanya. Let it comes naturally lah babe! Although jodoh tuh sentiasa ada, kita kena lah cari jugak. Tapi janganlah terlalu obses mencari jodoh sebab tak nak lah nampak macam desperate sgt. Lagipun kita masih muda. Masih banyak benda yang kita perlu belajar agar kita dapat menghargai nilai kehidupan. Kita juga harus memperbaiki diri kita agar menjadi insan yang lebih matang pada masa akan datang. Ceh, falsafah nya ayat aku. haha



    Aku percaya bahawa perempuan yang baik akan bersama dgn lelaki yang baik. So, kita kena lah rajin berdoa kepada Allah yg Maha Esa supaya dapat jodoh yg baik. Biar lambat asalkan kita dapat Mr. Right ;) 


    Yep! I will not date Mr. Wrong

    Ehemehem tazkirah sikit.hihi. Menurut hadis sahih riwayat Ibnu Hibban, terdapat empat perkara yang memberi kebahagiaan kepada manusia:

    1> Isteri yg solehah
    2> Rumah yg selesa
    3> Kenderaan yg baik
    4> Jiran tetangga yg baik

    So, sampai disini sahaja tazkirah saya. Renung-renungkan dan selamat beramal. Jangan renung sampai terkeluar biji mata sudeeeh.. haha

    Aku nak jadi isteri solehah :3
    Salam

    Friday, August 5, 2011

    Terharu :')

    May the peace, mercy, blessings of Allah be with you
    Annyeong haseyo

    Dah 5hari kita berpuasa kannnn?? Tinggal lagi 25hari nak raya dan 1bulan 1hari kemasukan aku ke Gombak :3. Entry kali ini pasal terharu sebab............sebab.............berapa kali sebab daaaaa..

    Sebab aku lost weight sikit

    Tak sia-sia aku bangun sahur makan Quaker oat, tak sia-sia aku berbuka makan nasi ciput je, tak sia-sia aku mengayuh basikal exercise yang mak aku beli tuh tiap-tiap hari. Meme ar tak sia-sia lah. hihi. Berhasil jugak! Terharu..sobs :') 

    Aku semakin bersemangat nak kurus.*BGM=Gemuruh jiwa semangat membara~lalalala hahaha
    Eeiii COMEL!!! :D

    Doa kan aku kurus ea kawan-kawan :)
    Ok! Bye-yeomm
    Salam


    Thursday, July 21, 2011

    Mtv passes melambak dekat rumah aku =.=

    May the peace, mercy, blessings of Allah be with you
    Annyeong haseyo

    Hari tu kan aku duk pom pang nak pergi MTV World Stage 2011 kat I-city. Finally, aku dapat 5tickets from Twisties! But aku rasa macam malas jer nak pergi sebab takde orang nak temankan aku. Adik aku, cousin n kawan2 aku semua busy, masing2 ada exam.

    Aku nak jual. Ada sesiapa nak tak? 1ticket rm50. If korang beli a pair, aku bagi rm80 je. If beli 3tickets aku bagi rm100. Hebat kan tawaran aku??kihkihkih.
    Pm aku, if ada sesiapa nak beli. Okayyyyyyy :) Bubyee