Thursday, August 25, 2011

Giveaway beg comel dari kukutanganku..alololo comelnyewww ^-^

May the peace, mercy and blessings of Allah be with you
Annyeong haseyo

Haaa pe tah mimpi aku nak join giveaway beg comel dari kukutanganku. Seriously, beg-beg dia tersangatlah comel ! Eeeeii geram! :D Ni first time kot aku nak masuk giveaway ni, saja je nak cuba nasib.hehe

See? Comelkan design beg dia.*excited

Maybe kecomelan beg itu telah menarik minat aku nak join. Barang baik kot sapa tak nak! :D Untuk menyempurnakan entri aku kali ini, aku kena tag 3 orang kawan. Lebih dari 3 pon boleh, so aku tag 4org.hihi. Antara yg bertuah: *jeng jeng jeng
  • Syera Shaari- My BFF yg comel :) Tak sabarnya nak raya dgn kau.hihihi gedik!
  • Qistina Amer- Kawan aku yg fashionista! Bab melaram aku rasa kau lah no 1.
  • Fida Aliry     - Adik angkat aku yg comel :)
  • Nisa Kay     - Sebab baca entri kak nisa tu yg aku tahu pasal giveaway ni. Thanx kak nisa! :)
Harap2 cik Mira Syira yg comel baca blog saya :) alang-alang dah singgah tuh, boleh lah kasi satu beg comel kat saya hihihi :D Haaa sapa yg duitnya still berkepuk-kepuk dalam dompet tuh, meh lah usha beg-beg yg comel di blog Mira Syira or link : 
http://kukutanganku.blogspot.com/2011/08/ini-dia-beg-comel-dan-menggiurkan.html


or boleh like page: Ulala Cantik Manis

Nanti korang boleh lah bergaya time raya nanti, lagi 5hari jer nak raya! Rasa sekejap puasa kali ini,aihhh. Ok lah, bubyeeeee.

Selamat Hari Raya! 
Ceh, belum raya lagi daaaa.haha
Salam :)




Wednesday, August 17, 2011

Ni K-pop ke Karipop?? EHH!!! BORIAPOP LAH NI.. HAHAHA

May the peace, mercy and blessings of Allah be with you
Annyeong haseyo

Pagi tadi aku facebook-ing then aku jumpa this video. And I was like OH MYYY GEE, sucks! >.< Macam boriapop jer aku tengok.


As you know, aku ni kan so-die-hard-fans-kpop. So, bila aku nampak video  Max24:7 mula lah mulut aku ni nak sumpah seranah. Deyhhhh, nasib baik puasa. Kalau tak memang aku hentam habis2 mamat-mamat korean wannabe ni.

If korang tengok video ni, seriously boleh limapolohlima kali muntah hijau berdarah. Lyrics mmg sucks, choreography is really really really sucks! Dah lah group member ramai, macam boleh buat boria. BORIAPOP!!! HAHAHAHA. Choreography Max 24:7 macam Hi-5 yg ajar budak tadika menari. I can dance better than Max 24:7 lah.

Hi5 is better than Max24:7

Seriously, aku habis kan masa selama 5:06min untuk tengok video ni -.-'. Yang tak boleh blah, nama nak cute berbagai. Fifie lah, A'ar lah, then Tameen lah. Tameen??Fine! nak tiru nama Taemin from SHINee ke?? So gay lah.

Sexy nyewww~!!!Hahaha.. Nak tunjuk body biar lah ada six pax. Sengal!

Alololo..cutenyewwwww!! Rasa macam nak lempang sekor2.

Dear Max 24:7 and Aesar Mustafa, please don't ruin our music industry. Please  lah train diri korang selama 4-8years ke, then buat plastic surgery ke before debut ok :). If korang nak buat ala-ala kpop, please lah buat yg better or setaraf dgn quality idol-idol kesayangan kami di Korea tuh. Malulah kalau korean tengok Max 24:7 ni.

Haaa semput~ tengok video Max 24:7 yg almost 800 org dislikes
Padan muka! HAHAHAHA *gelak jahat




Sunday, August 14, 2011

Resepi dari Chef Ain: Chicken Chop. Yummy!!

May the peace, mercy and blessings of Allah be with you
Annyeong haseyo

Hello hello hello pelahap yang comel.hahaha :D Hari ini aku masak Chicken Chop untuk berbuka puasa. Repeat again,CHICKEN CHOP ! Oleh kerana mak aku kena buat kek coklat yg orang order, terpaksa aku jadi chef hotel limapolohlima bintang. Eh, aku pandai masak tau. Pandai masak air, masak maggi, haaa pandaikan aku?? hahaha!!

Meh aku tunjuk hasil karya yg paling epic dalam 2011. Pujian melimpah2 aku terima dari family aku.muahaha suka suka!
|
|
|
|
\/

Yesss! Sila terliur..

Pernah kau tengok gravy CC jadi coklat macam ni?? Aku je yg reti buat lah. Wakaka perasan! Aku main campak je ingredients nya, nak merasa memang tak lah kan. Puasa kot!

Sesi campak-mencampak akan menghasilkan hasil yg OH MY YUMMY!!! :D Kalau nak memasak, tak payah main ukur2 timbang2 tepat lah weh. Instinct chef tuh penting! Apa barang ukur2 timbang2, boh jela dalam kuali then say tadaaaaaa! Jadilah chicken chop. Kewwwl kan?? haha. First time kot aku buat chicken chop, jadi pulak! Bangga *kembang kempis hidung.

Nak resepi ke?? Yela, aku bagi lah. Baikkan aku??hehe. 

Bahan-bahannya: 
Ayam goreng
Boneless chicken
Telur sebijik 
Tepung kfc tuh

Gravy mushroom:
1tbs butter
2tbs tepung gandum
1/2 bawang kuning
100ml stok ayam/ daging
150ml susu/ fresh cream
Cendawan butang
2ts blackpepper
2tbs kicap manis/ worcestershire 
2tbs tomato paste
1/2 ts garam
sos chili sikit
mixed herb/ bassil/ parsley. mana-mana pon boleh

1) Pukul telur then masukkan dalam ayam. Then, salut dgn tepung kfc. Goreng sampai masak.
2) Cairkan mentega dlm kuali then bawang. Then masuk tepung gandum. Saute sekejap then masukkan susu,stok ayam,tomato paste,kicap manis,sos cili. Akhir sekali masukkan cendawan dan mixed herb. Tadaaaa!!! Siap untuk dimakan. Serve kan dgn coleslaw and fries. Yummy!!

Ok! Selamat mencuba
Untungnya future husband aku dapat makan chicken chop
Terasa macam chef two nyah!! muahaha!!
Salam



Saturday, August 13, 2011

Walawehhhhh!! DAH KURUS SIKIT! Muahaha :D

May the peace, mercy, and blessings of Allah be with you
Annyeong haseyo

Semalam aku and family aku berbuka diluar. Before berbuka, kitaorang pergi Tesco dulu, shopping gitu. Dua minggu yg lepas di Tesco Shah Alam, aku dan mak aku bet lah siapa yg lost weight paling banyak dia lah pemenang. The loser one will belanja makan for the whole family.

So, semalam lah penentuan segala-galanya. Jantung aku macam nak tercabut bila masuk Tesco nak timbang berat *dup dap dup dap. Bila masuk je pintu depan Tesco, tengok sebelah kiri nampak lah timbang. Apa lagi, meluru aku and mak p timbang. Amek feel macam peserta The Biggest Loser, dang!! Aku turun almost 3kg! Walawehhhhhh.. Mak aku turun 2.3kg je. 


Yeah!! I'm the winner! WOHOOOOOOO

Meloncat-loncat aku kat situ seperti kanak-kanak ribena. Nasib baik Tesco tak runtuh bila aku meloncat keriangan hahaha!! Fuhhhh!! Selamat duit aku weh. Penat aku tolong mak aku buat kuih sebab nak kumpul duit tau. If aku kalah malam tadi, maybe aku boleh tido sambil mengigau pasal duit. hahaha dah macam Mr. Crab yg gila kan duit dah aku ni. (Mr.Crab spongebob squarepant lah)

Memang tak sia-sia aku berdiet 2minggu ni and aku akan terus berdiet. I feel reborn again! Semangat baru nak kurus! Aku memang nak kurus. Aku nak jadi normal! eh choppp! aku memang normal yea. Maksud aku normal fizikal.

Uih meletop body! Ant waist gitu.

Sorry mommy! Hehe. Although tak banyak beza tapi Along still menang.

Last2, ayah aku jugak belanja makan. Mak aku tak keluar duit pon. Ceh! hahaha. Btw, ayah aku lost 5kg!! OH MYYYY!! Tak faham! Ayah aku makan banyak giler tiap kali berbuka. Crap! maybe dia kerja thats why turun banyak giler.


I dun understand why korean is so skinny -.-"
Okay! Bye-yeom
Salam



Friday, August 12, 2011

Tazkirah dari ustazah Ain...wakaka :P


May the peace, mercy and blessings of Allah be with you
Annyeong haseyo


Salam jumaat semua~! :) Today is friday so aku nak bagi tazkirah sikit hari ini. *mood=ustazah :D


Bestnya kalau jadi comel macam ni :P

You guys pernah couple? Mostly lah kan ramai je yg bercouple. Aku memang tak pernah lah. Aku mana main couple2 ni, kawin terus lah! Baru lah thrill! HAHAHA.

Kawin dulu, then u can say i will never let u go blahblah....

Pernah tengok perangai orang yg bercouple?? Aku selalu perhatikan couple zaman sekarang ni macam terlalu loving doving sgt lah. Selalunya mereka akan berpegangan tangan time jalan2, then yg paling aku tak boleh tahan dorang berpeluk-peluk dikhalayak ramai. Seriously dude, tak rasa segan ke? MasyaAllah, berdosa kot. Aku yg melihatnya segan tahap gaban. Aku faham lah dorang tengah hangat membara2 bercinta. But, belum kahwin tak payah lah nak menggatal sgt kan, bukan muhrim kot.

Abang! Comel nya abang!

Unless dorang tuh married couple, maybe I would say "Alololo, cuweetnyewww". If dah kahwin memang tak kisah lah nak buat apa pon, semuanya dah halalan toyiban kot! Nak buat apa pon boley~ haha!

Bak kata lecturer aku, haram memegang or menyentuh boipren or gegelpren kita tuh dan ianya lebih teruk dari memegang ba alif ba ya =BABI. Atleast, kalau pegang babi, kita boleh samak or bersuci tapi kalu pegang boipren or gegelpren?? tak kan nak terjun kat lumpur menyamakkan diri masing2 kot. haha

Correction: Pegang babi = Tak haram, tapi kena samak
Pegang BF/GF= Haram, tak boleh samak daaaa
(orang selalu salah anggap pegang babi tuh haram, sebenarnya pegang tak haram. Yg haramnya bila kita makan, ok :)


Sayang! Jom kita pergi samakkan diri kat lumpur belakang rumah. Geng kerbau berkubang dah tunggu kita nihh.

So, lu fikir lah sendiri. Mak tak bantah isu couple ni nyah, cuma batas pergaulan perlu diambil serious. Aku hanya berda'wah untuk memberi peringatan kepada kawan-kawan aku diluar sana. Semua yg baca entri aku ini semuanya kawan aku :) Apa yg aku dapat buat hanya berdoa agar Allah buka pintu hati couple2 di dunia ini supaya mereka dapat mengingati batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Alhamdullilah
Hari ini dapat jadi ustazah sebentar :P
Salam

Wednesday, August 10, 2011

Apabila mak bertanya pasal boipren kat aku -.-"

May the peace, mercy and blessings of Allah be with you
Annyeong haseyo

Semalam aku tengah duduk2 syok berborak dgn mak aku, tetiba mak aku tanya macam ni:


Mak: Along tak teringin ke nak ada boipren ke teman lelaki ke?? Tak teringin ke?
Aku: (terkedu seketika) Err.. err.. entah. Along nak tunggu Lee Minho masuk minang dulu. HAHAHA!! (gelak sambil blah dari tempat duduk)
Mak: Tangan di dada mata ke atas~ ceh


Terus aku blah dari situ gara2 tak mahu disoal lebih2 oleh mak aku. Hobi mak aku mmg dia suka soal siasat anak2 dia, nak menjiwai watak CSI and FBI lah tuh.aish.. Kaum ibu zaman skrg mmg mudah terpengaruh dgn drama2 kat TV yea? hikhik:P


Ouh Minho oppa~ saranghae :P

Actually, jauh dilubuk hati aku ni, tipu lah kan kalau aku cakap aku tak nak. Malas nak couple2 lah kawin2 lah tapi kalau Lee Minho datang minang confirm aku terima, siap tarik dia pergi jumpa tok kadi.wakaka :D


Perempuan mana yang tak nak dikasihi, disayangi dan dimanjai oleh seorang lelaki. Fine! so euwww euwww ayat aku tadi. But, betul lah pe aku cakapkan. Tak kan lah korang nak jadi ANDALUSIA a.k.a anak dara lanjut usia? :0 OMG! Tak sanggup! 


Where is my Mr. Right? :3

Tapi, percayalah jodoh tuh sentiasa ada dan akan datang bila tiba masa nya. Biarlah masa menentukan segalanya. Let it comes naturally lah babe! Although jodoh tuh sentiasa ada, kita kena lah cari jugak. Tapi janganlah terlalu obses mencari jodoh sebab tak nak lah nampak macam desperate sgt. Lagipun kita masih muda. Masih banyak benda yang kita perlu belajar agar kita dapat menghargai nilai kehidupan. Kita juga harus memperbaiki diri kita agar menjadi insan yang lebih matang pada masa akan datang. Ceh, falsafah nya ayat aku. haha



Aku percaya bahawa perempuan yang baik akan bersama dgn lelaki yang baik. So, kita kena lah rajin berdoa kepada Allah yg Maha Esa supaya dapat jodoh yg baik. Biar lambat asalkan kita dapat Mr. Right ;) 


Yep! I will not date Mr. Wrong

Ehemehem tazkirah sikit.hihi. Menurut hadis sahih riwayat Ibnu Hibban, terdapat empat perkara yang memberi kebahagiaan kepada manusia:

1> Isteri yg solehah
2> Rumah yg selesa
3> Kenderaan yg baik
4> Jiran tetangga yg baik

So, sampai disini sahaja tazkirah saya. Renung-renungkan dan selamat beramal. Jangan renung sampai terkeluar biji mata sudeeeh.. haha

Aku nak jadi isteri solehah :3
Salam

Friday, August 5, 2011

Terharu :')

May the peace, mercy, blessings of Allah be with you
Annyeong haseyo

Dah 5hari kita berpuasa kannnn?? Tinggal lagi 25hari nak raya dan 1bulan 1hari kemasukan aku ke Gombak :3. Entry kali ini pasal terharu sebab............sebab.............berapa kali sebab daaaaa..

Sebab aku lost weight sikit

Tak sia-sia aku bangun sahur makan Quaker oat, tak sia-sia aku berbuka makan nasi ciput je, tak sia-sia aku mengayuh basikal exercise yang mak aku beli tuh tiap-tiap hari. Meme ar tak sia-sia lah. hihi. Berhasil jugak! Terharu..sobs :') 

Aku semakin bersemangat nak kurus.*BGM=Gemuruh jiwa semangat membara~lalalala hahaha
Eeiii COMEL!!! :D

Doa kan aku kurus ea kawan-kawan :)
Ok! Bye-yeomm
Salam