Sunday, August 14, 2011

Resepi dari Chef Ain: Chicken Chop. Yummy!!

May the peace, mercy and blessings of Allah be with you
Annyeong haseyo

Hello hello hello pelahap yang comel.hahaha :D Hari ini aku masak Chicken Chop untuk berbuka puasa. Repeat again,CHICKEN CHOP ! Oleh kerana mak aku kena buat kek coklat yg orang order, terpaksa aku jadi chef hotel limapolohlima bintang. Eh, aku pandai masak tau. Pandai masak air, masak maggi, haaa pandaikan aku?? hahaha!!

Meh aku tunjuk hasil karya yg paling epic dalam 2011. Pujian melimpah2 aku terima dari family aku.muahaha suka suka!
|
|
|
|
\/

Yesss! Sila terliur..

Pernah kau tengok gravy CC jadi coklat macam ni?? Aku je yg reti buat lah. Wakaka perasan! Aku main campak je ingredients nya, nak merasa memang tak lah kan. Puasa kot!

Sesi campak-mencampak akan menghasilkan hasil yg OH MY YUMMY!!! :D Kalau nak memasak, tak payah main ukur2 timbang2 tepat lah weh. Instinct chef tuh penting! Apa barang ukur2 timbang2, boh jela dalam kuali then say tadaaaaaa! Jadilah chicken chop. Kewwwl kan?? haha. First time kot aku buat chicken chop, jadi pulak! Bangga *kembang kempis hidung.

Nak resepi ke?? Yela, aku bagi lah. Baikkan aku??hehe. 

Bahan-bahannya: 
Ayam goreng
Boneless chicken
Telur sebijik 
Tepung kfc tuh

Gravy mushroom:
1tbs butter
2tbs tepung gandum
1/2 bawang kuning
100ml stok ayam/ daging
150ml susu/ fresh cream
Cendawan butang
2ts blackpepper
2tbs kicap manis/ worcestershire 
2tbs tomato paste
1/2 ts garam
sos chili sikit
mixed herb/ bassil/ parsley. mana-mana pon boleh

1) Pukul telur then masukkan dalam ayam. Then, salut dgn tepung kfc. Goreng sampai masak.
2) Cairkan mentega dlm kuali then bawang. Then masuk tepung gandum. Saute sekejap then masukkan susu,stok ayam,tomato paste,kicap manis,sos cili. Akhir sekali masukkan cendawan dan mixed herb. Tadaaaa!!! Siap untuk dimakan. Serve kan dgn coleslaw and fries. Yummy!!

Ok! Selamat mencuba
Untungnya future husband aku dapat makan chicken chop
Terasa macam chef two nyah!! muahaha!!
Salam



No comments: