Saturday, September 24, 2011

Taaruf Week in UIA!! TAWE TAWE~


May the peace, mercy and blessings of Allah be with you
Annyeong haseyo

Hello blog yg bersawang-sawang!! Lama jugak aku tak update blog aku ni. Sebenarnya, aku dah jadi budak junior in UIA Gombak!! Seriously, UIA Gombak mmg sangat lawa!! Macam biasalah kn bila dah jadi budak junior kenalah lalui minggu orentasi. Kat UIA, minggu orentasi dipanggil Taaruf Week a.k.a TAWE TAWE. Taaruf week lah sangat sampai aku siap boleh duk berdengkur setiap kali briefing. Siapa suruh UIA pasang aircond dalam auditorium (innocent face) :P HAHAHA!! Layan pic~

AKUSUKAMUNCUNGKANMULUT!!SOWHAT??
HAHAHAHA


Kanak-kanak ribena yg tak reti nak beratur.muahaha


Baju sukan taaruf warna hijau mak andak -.-


 Time cultural night show. Best gilak!!
Geng-geng aku suka duk atas sebab boleh tidor! hahaha


Ehem3, ayu kan~ :P


Gadis2 melayu yg sopan santun. Mak suka nyah~ haha


Tu je pic yg aku nak tempek dalam blog ni. Batch kami takde baju batik~ lalalala..hahaha. Penat giler taaruf week kt Gombak ni, dah lah jauh dari Mahallah. Aku ni memang lah suka sgt tak mandi sampai ke malam, suka lah sangat sampai satu hall boleh ada bau macam2 (facepalm). Kepada batch baru cfs iium, berhati-hati menjalani taaruf week yg ohsem but annoying. 

teringin pulak nak jadi akak comitte
nanti boleh buli adik-adik junior~ lalalala :P


Friday, September 2, 2011

Gemoknye aku masa sekolah~ Grrrrr! menci3


May the peace, mercy and blessings of Allah be with you
Annyeong haseyo

Selamat Hari Raya to my readers :) Jenuh mulut aku makan ketupat rendang sejak dua tiga hari ni. Jemu lah makan ketupat. Hari raya pertama aku dah p bedal mcd.muahahaha durjana punya mcd,mengugat keimanan tookkk jer. Seluar mcm ketat sikit lah --".hehe. 


Tadi sibuk main fesbuk, tetiba nak buka ruangan saya (Myspace ler). Teringat kenangan lama dimana masa itu aku tersangat lah GEBU dan DEBAB :'(. Aku dah tak mahu jadi mcm dulu dah. Ramai org caci maki wa gemok gedempol sepak tendang masok gol, uihhh makan dalam siak! Nasib baik wa tak gangster, kalau tak habis ROMPONG mulut-mulut yg busuk mcm loji taik blkg uma wa tuh.*Alamak! TERgangster pulak!


Nasib baik wa tak ganas macam ni~ siot saja


Nak tengok pictures aku time gemok gedempol?? Aku tak malu nak kongsi. Korang boleh lah buat pedoman hidup dunia dan akhirat,muahaha. Kepada org yg dah kurus, toksah lah nak gemuk2 kan badan anda walaupun sedikit. Aku mmg allergic dengar org yg nak badan dia berisi sikit padahal body dia dah cukup perfect. grrrr! annoying.. Lain lah kalau badan tuh mmg kurus kering tu takpe lah, better korang jadi kurus kering daripada jadi gemok gedempol. 

Berhasrat nak kurus mcm SNSD *wishful thinking.haha

Melalut dah aku ni, aku mempersembahkan pictures aku di zaman kegemilangan aku mengumpul lemak~~jeng jeng jeng


Mana aku?? cer teka cer teka. (2007)
Baju pink tuh


Gemok kan aku?? berat aku masa tuh dalam 100kg :0 ternganga jgn xternganga. Ni time aku form 3. Gemok+tinggi=100kg


Ni dah kurus sikit, dalam 90++kg kot.(2008)

Macam mana aku boleh kurus sikit?? Diet lah babe! Aku diet protein, makan tempe dgn tauhu je. Muka pon mcm tempe dah. Then aku ada minum Herbalife. Bagos giler product tuh, berat aku pon turun. Time aku minum muka aku flawless ala-ala korean doe. Kulit aku macam bersih giler lah. Bila aku stop minum, jerawat durjana timbul balik.ceh.

So noob! HAHAHA (2009)

Syera, me and am! Time ni liar sikit. Almaklumlah baru lepas SPM, baru nampak dunia. Kuat betol merayau sampai hitam macam bangla jual karpet. Time ni aku dah stop minum herbalife.


Raya 2010~ haha
Berat 86-87kg
Yeah! i like pink.so what? Ni time dah masuk UIA. Ayu gitu pakai baju kurung.ngeh3.

Di SARAWAK!!! (2011)

First time aku pergi holiday tanpa mak ayah. Untung ada kawan Sarawak,ngeh3.. Habis final exam jer terus pergi airport, nasib baik dekat jer dgn Nilai. Fakta: WAJIB bagi aku bermarathon kat airport! HAHAHA. Ada kisah sebalik kejadian marathon ni tp nanti2 jela aku cerita kalau berlari lagi kt airport. haha :DD

Now!! Selamat Hari Raya!!

Oke, aku nampak gemuk sikit setelah membina badan selama 7bulan kat rumah. Tapi, haritu lagi gemok, ni pon dah turun sikit. Berat sekarang?? xxkg! HAHAHA. Aku akan bagi tahu korang berat aku dalam lg satu bulan! Janji! *pinky swear. Sebab aku nak diet lagi dan akan terus berdiet sampai aku kurus. Make sure tahun depan aku nak pakai baju kurung yg ready made punya! Peliknya impian aku,hahaha.

Okelah, bubye! SELAMAT HARI RAYA kepada semua yg mengenali sya. Ampun dosa, halalkan makan minum saya. Maaf zahir dan batin dari hujung tudung sampai hujung kasut. Salam

Raya tahun ni dapat duit raya sikit je ;/
TAK BEST!!!